Thursday, June 4, 2009

Lunch @Bellamy -Medan Ikan Bakar, Jln Bellamy
















04 June,2009 Medan Ikan Bakar, Jalan Bellamy, belakang Istana Negara.










Hari-hari terakhir di FSBM diraikan bersama sebahagian kawan2 opis. Tak perlu cerita banyak...gambar menceritakan segalanya! Okey kawan2...keep in touch..no hp aku masih sama...012-2900224 @zam










Tuesday, April 21, 2009

Norazim Darwisy Bin Norazam




Alhamdulillah, syukur kehadrat Ilahi yang telah mengurniakan seorang lagi cahaya mata kepada aku dan isteri pada 20hb April,2009 (Isnin) pukul 11.41am. Isteriku,Elni Azura Binti Ramli telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki seberat 3.3kg secara normal di Pusat Rawatan Islam, Kota Damansara, Selangor. Kedua- dua bayi dan mummy berada dalam keadaan sihat walafiat.




Bayi lelaki ini merupakan anakku yang ke-4. Anakku ini telah kuberikan namanya NORAZIM DARWISY BIN NORAZAM. Namanya membawa maksud 'Cahaya Keagungan/Kebesaran Orang Yang Warak/Alim'. Mudah-mudahan...AMIN!










Friday, April 17, 2009

Masjid Al-Hidayah, Kg.Sg.Penchala, KL


Masjid Al-Hidayah Sg.Penchala, Kuala Lumpur

Masjid ini mula dibina pada awal tahun 2008. Siap dibina pada September,2008. Ia merupakan Masjid yang dibina diatas tanah wakaf seluas 2 ekar yang di wakaf oleh seorang hartawan di Sg.Penchala. Hartawan tersebut juga membiayai sepenuhnya perbelanjaan kos pembinaan masjid ini yang berjumlah RM3 juta. Semoga Allah saja yang dapat membalas amal jariah hamba Allah tersebut.

Walau bagaimana pun, hartawan ini telah pulang ke rahmatullah sebelum Masjid ini siap dibina. Belaiu telah pulang kerahmatullah pada tahun 2007. Semoga Allah mencucuri rahmat ketas rohnya.Amin.

Monday, September 22, 2008

Bai World

Anda kaki pancing? Minat memancing? Ada satu kolam memancing yang menarik di Bandar Tasik Puteri, Rawang. Nama tempat kolam memancing nie BAI-WORLD.

Nak tahu lebih lanjut pasal BAI-WORLD, sila layari website http://www.bai-world.com/

Tuesday, September 9, 2008

Kak Yah Keropok Losong




30th August,2008 Saturday

2 weeks before fasting month, i went to Rawang Mutiara, Selangor to visit a friend of mine who open a new business-shops cum restaurant. He's now a distributor for 'Kak Yah Keropok Losong' originate from Kg.Losong, Terennganu. Now, i don't need to go far away until Losong to get genuine keropok lekor. It's just 40minutes drive from KL to reach his shop in Rawang,Selangor.

All kinds of keropok products can be bought from his shop. In case you are travelling from KL heading to North thru the old road (not PLUS highway), keep your eyes on your right until you see Rawang Mutiara signboard and new shops lot building. Looks for shops name 'Kak Yah Keropok Losong'

A few photos for your eyes. The owner of the shop : En.Zulkifli 013-6096525. If you're interested to get supplies from him, you can give him a visit at his shop. Pls call or sms him to get his full address.

Rated: **** (4 stars)














Owner of the shop: En.Zulkifli

Brochure in Bahasa Malaysia



Wednesday, August 20, 2008

Tasik Biru Kundang, Selangor



Hari Sabtu 16hb Ogos,2008 9.30am-10.30am


Kayuhan on road non stop dari BTP(Bandar Tasik Puteri) ke TBK (Tasik Biru Kundang).

Jarak kayuhan pergi dan balik lebih kurang 20km


Tuesday, August 12, 2008

Kayuhan Santai di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor


Pemandangan di pintu masuk Bandar Bukit Mahkota


Masjid Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor(KUIAS)

Ahad 10 Ogos, 2008

Minggu ini buat kali pertamanya aku membawa T-Bolt aku keluar dari kepompong BTP. Aku membawa T-Bolt aku ke Bandar Bukit Mahkota/Bandar Seri Putra, Bangi/Kajang. Keluar saja dari plaza tol, sebelah kanan akan kelihatan Bukit Mahkota. Sebelah kiri Seri Putra. Lebih kurang 600meter dari simpang ke Bandar Seri Putra, kelihatan signboard ke KUIAS- Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor.
Sebaik saja memasuki kawasan KUIAS, setelah mendapat kebenaran pihak Sekuriti(Pak Guard), bangunan pertama yang kelihatan tersergam indah adalah Masjid KUIAS, Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor.








Untuk ke tempat ini, jika dari KL-Seremban Highway, keluar di EXIT Bandar Bukit Mahkota/Bandar Seri Putra. Jika anda dari arah KL ke selatan, exit ini adalah 5km selepas exit Bangi. Jika anda terlepas Exit ini., next exit ialah Nilai.














Pemandangan dari luar pintu masuk KUIAS.
Kelihatan tasik didalam kawasan KUIAS yang sungguh cantik dan indah. Yang BEST nya, anda
boleh berkayak 'canoeing' secara percuma pada hari sabtu & ahad (kecuali kalau ada kelas untuk student co-curriculum). Setelah pusing-pusing didalam kampus KUIAS selama hampir 1 jam, aku pun beransur keluar dari situ.