Tuesday, August 12, 2008

Kayuhan Santai di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor


Pemandangan di pintu masuk Bandar Bukit Mahkota


Masjid Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor(KUIAS)

Ahad 10 Ogos, 2008

Minggu ini buat kali pertamanya aku membawa T-Bolt aku keluar dari kepompong BTP. Aku membawa T-Bolt aku ke Bandar Bukit Mahkota/Bandar Seri Putra, Bangi/Kajang. Keluar saja dari plaza tol, sebelah kanan akan kelihatan Bukit Mahkota. Sebelah kiri Seri Putra. Lebih kurang 600meter dari simpang ke Bandar Seri Putra, kelihatan signboard ke KUIAS- Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor.
Sebaik saja memasuki kawasan KUIAS, setelah mendapat kebenaran pihak Sekuriti(Pak Guard), bangunan pertama yang kelihatan tersergam indah adalah Masjid KUIAS, Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor.








Untuk ke tempat ini, jika dari KL-Seremban Highway, keluar di EXIT Bandar Bukit Mahkota/Bandar Seri Putra. Jika anda dari arah KL ke selatan, exit ini adalah 5km selepas exit Bangi. Jika anda terlepas Exit ini., next exit ialah Nilai.














Pemandangan dari luar pintu masuk KUIAS.
Kelihatan tasik didalam kawasan KUIAS yang sungguh cantik dan indah. Yang BEST nya, anda
boleh berkayak 'canoeing' secara percuma pada hari sabtu & ahad (kecuali kalau ada kelas untuk student co-curriculum). Setelah pusing-pusing didalam kampus KUIAS selama hampir 1 jam, aku pun beransur keluar dari situ.

No comments: